1. Jangan dedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri dan keluarga anda dalam ruangan profil.
2. Berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali bertanya tentang hal-hal peribadi.
3. Terima orang yang anda kenal sahaja sebagai rakan.
4. Jangan pos maklumat tentang rakan anda kerana ia mungkin menimbulkan rasa tidak senang mereka.
5. Jangan beri komen yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain kerana apa yang anda pos dalam talian boleh dilihat oleh semua orang.
6. Jangan bertemu dengan orang yang anda kenali dalam rangkaian sosial internet jika anda tidak tahu siapa mereka.